HKHM2025 Terima Tajaan Lebih RM20 juta 

HKHM2025 Terima Tajaan Lebih RM20 juta 

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Kementerian Komunikasi mengumumkan menerima tajaan lebih RM20 juta bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun ini.

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari HKHM2025, Datuk Fahmi Fadzil, menerima sumbangan penajaan daripada 113 rakan strategik hari ini.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan, tajaan kali ini dibahagikan kepada beberapa kategori termasuklah rakan strategik Platinum, Emas, Perak dan Gangsa berjumlah RM21.87 juta. 

Sebanyak RM1.9 juta tajaan dalam bentuk wang tunai dan RM19.97 juta tajaan dalam bentuk in-kind barangan atau perkhidmatan.

Semua tajaan yang diterima sama ada dalam bentuk wang tunai mahupun in-kind barangan atau perkhidmatan akan digunakan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan khususnya sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos 2025 dan sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang pada 16 September 2025.

Tajaan ini membuktikan kerjasama erat sektor korporat, swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama kerajaan bagi menyemarakkan sambutan HKHM 2025.

Kementerian Komunikasi turut merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih atas sumbangan luar biasa yang diterima daripada rakan strategik sempena HKHM pada tahun ini.

Related post

Leave a Reply