IVE Dituduh Sebarkan Sentimen Anti-Jepun Dalam Album Baharu

IVE Dituduh Sebarkan Sentimen Anti-Jepun Dalam Album Baharu

Album baharu kumpulan K-Pop popular, IVE, mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan penyebaran sentimen anti-Jepun.

Menurut laporan media Jepun, berlaku bantahan di negara matahari terbit itu terhadap video acahan berjudul Secret, Cupid milik IVE.

Netizen Jepun mempersoalkan tarikh tayangan video itu, iaitu sehari sebelum ulang tahun pengeboman atom di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, serta pakaian Rei, anggota IVE asal Jepun yang memaparkan frasa “I’m sorry” (Saya minta maaf).

Ada yang mendakwa bahawa fakta satu-satunya ahli Jepun dalam kumpulan itu memakai baju dengan frasa “I’m sorry” bertujuan menonjolkan peranan Jepun sebagai penjenayah perang semasa Perang Dunia Kedua.

Mereka juga menyatakan bahawa adegan ahli kumpulan membakar burung kertas (origami) adalah simbol keamanan di Jepun, yang menunjukkan sentimen anti-Jepun.

Selain media Jepun, YouTuber anti-Korea turut menyertai kontroversi ini dengan mengkritik kumpulan tersebut.

Sementara itu, netizen Korea menolak dakwaan berkenaan. Video tersebut telah mengumpul lebih 18,000 komen hari ini, dengan netizen Korea berpendapat bahawa burung kertas adalah simbol cinta di Korea, dan frasa pada pakaian ahli Jepun itu hanyalah nama jenama.

Pengarah video tersebut memberi maklum balas melalui media sosial:

“Adegan membakar burung kertas, yang merupakan simbol cinta, diperlukan untuk menggambarkan konsep ‘evil cupid’ yang mengganggu pasangan kekasih. Tiada maksud lain! Peace!” katanya seperti yang dilaporkan Koreaboo.

Namun, ramai netizen Korea tidak percaya dengan dakwaan pihak Jepun itu:

“Ini tak terlalu berkhayal dan terlalu sensitif ke?”

“Tengok betapa buruknya cara fikir anda. Kami tak sama macam anda.”

“Kalau macam tu, korang patutlah hidup dengan baik tanpa buat benda jahat yang akhirnya makan diri sendiri.”

“Mungkin burung kertas ada makna untuk korang, tapi kami lipat bila bercinta. Macam mana pula bakar burung kertas tu jadi sentimen anti-Jepun?”

Related post

Leave a Reply