Anggota kumpulan BLACKPINK, Rosé menerima kecaman baru-baru ini selepas memuat naik beberapa keping gambar di Instagram.
Hal ini kerana, menerusi beberapa keping gambar tersebut, kelihatan Rosé berada di sebuah bilik hotel dengan dua jenama minuman ringan di belakangnya.
Dua minuman tersebut merupakan minuman yang diboikot susulan apa yang berlaku ke atas Gaza.
Menurut beberapa akaun di X, mereka menuduh Rosé mempromosikan dua jenama minuman tersebut secara terbuka di Instagram.
Begitupun, ramai juga yang bertindak membela penyanyi lagu APT itu daripada terus menerima kecaman.
“Dia tidak menunjukkan pun yang dia minum minuman itu. Minuman tersebut diletakkan oleh hotel kepada tetamu.”
“Tiada satu pun botol itu dibuka. Kamu tahu yang hotel turut memberikan minuman ringan kepada tetamu bukan?”
“Perkataan promosi telah hilang makna.”
Terdahulu, anggota BTS, V turut menerima kecaman apabila dilantik sebagai duta Coca-Cola dan mempromosikan minuman tersebut secara terbuka.