BIGHIT MUSIC Nafi BTS Rakam Semula Lagu Michael Jackson

Agensi yang menaungi kumpulan k-pop popular BTS, BIGHIT MUSIC menafikan laporan media yang mengatakan kumpulan yang digemari ramai itu bakal merakamkan lagu semula lagu milik Michael Jackson.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, BIGHIT MUSIC menjelaskan yang pihaknya tidak pernah terlibat dengan kerjasama tersebut, apatah lagi pernah melawat Grouse Lodge Studio, studio yang dikatakan tempat Michael merakamkan lagu di Ireland.

“Hello, ini BIGHIT MUSIC. Kami ingin memberi maklum balas terhadap laporan media baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan BTS dalam album tribut Michael Jackson.

“BTS tidak pernah melawat Grouse Lodge Studio di Ireland mahupun mengambil bahagian dalam sebarang sesi rakaman untuk projek yang disebutkan. Kumpulan tersebut tidak terlibat dalam album tribut itu dalam apa jua kapasiti,” tulis kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, BIGHIT MUSIC turut merancang untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak sah.

“Kami sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

“Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para peminat yang terus memberikan sokongan kepada BTS. Kami akan terus komited sepenuhnya dalam menyokong para artis dan usaha mereka. Terima kasih,” kata kenyataan itu lagi.

Related post

Leave a Reply