Kecoh di media sosial apabila suami kepada pempengaruh Elcah iaitu Afi Hamri tampil membuat dakwaan mengejutkan terhadap penyanyi Syada Amzah.
Menerusi satu hantaran, Afi mendakwa adik kepada Shila Amzah itu cuba mengganggu dan memecahbelahkan rumah tangganya bersama Elcah.
Menurut Afi, Syada didakwa menghasut Elcah agar membelakangkan dirinya dalam usaha menyelesaikan konflik rumah tangga yang sedang mereka hadapi.
Lebih mengejutkan, Syada juga dikatakan pernah mengajak Elcah ke kelab malam kononnya sebagai cara untuk ‘merehatkan fikiran’.
“Weh perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau Superman ke? Kau tak dapat ajak bini aku pergi kelab, kau nak buat cerita. Kau nak rosak, kau rosak seorang. Tak perlu ajar bini aku tipu aku!” luah Afi tegas.
Dalam hantaran sama, Afi turut memuat naik tangkapan layar perbualan dipercayai antara Syada dan Elcah yang menunjukkan ajakan bertemu dan perbincangan berkaitan dakwaan kononnya Afi berlaku curang.
Bukan itu sahaja, Afi turut menyindir Syada yang menurutnya tidak mempunyai pekerjaan dan mendakwa penyanyi itu mencari publisiti dengan mencampuri urusan rumah tangga orang.
“Tolong bagi dia job, kesian aku tengok tak ada job jadi perosak,” tulisnya sinis.