Topik mengenai kekuatan vokal dan keupayaan idol K-Pop untuk menyanyi secara langsung kini menjadi perbincangan hangat.
Ada yang menerima pujian dan tidak kurang ada juga yang dikritik kerana persembahan mereka.
Hal tersebut turut menjadi bualan kumpulan yang dikenali dengan kekuatan vokal iaitu INFINITE.
Menerusi temu bual dalam episode baharu K Star Next Door, salah seorang anggota INFINITE, Sungwoon berkata: “Sekarang, idol perlu untuk menyanyi live,” katanya.
Dalam masa sama, Woohyun menambah yang dia dan kumpulannya sentiasa menyanyi secara langsung dalam setiap persembahan mereka dan vokal mantap INFINITE adalah salah satu perkara yang paling dihargai netizen tentang kumpulan itu.
Ramai idol K-Pop bimbang untuk menyanyi secara langsung kerana takut berlaku kesilapan, Namun menurut Sungwoon, suara sumbang atau sedikit tergelincir membuatkan sesebuah kumpulan itu kelihatan ‘cool’, selain membuktikan mereka menyanyi secara langsung.
Woohyun kemudian menambah: “Kami bukan penari. Kami menyanyi dan menari. Kami adalah penyanyi K-Pop,” katanya seperti dilaporkan Koreaboo.