Guru Gunting Uniform Pelajar Dikecam
Gara-gara menggunting uniform pelajar, seorang guru wanita menerima kecaman yang teruk dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi video yang tukar di media sosial, seorang guru di wilayah Jawa Tengah menggunting beberapa bahagian uniform seorang pelajar lelaki.
Guru tersebut menggunting baju pada bahagian belakang, lengan dan bahagian seluar.
Difahamkan, guru terbabit berbuat demikian kerana pelajar tersebut tidak mengikuti peraturan ketika mengenakan uniform persekolahan.
Pelbagai kritikan diterima. Ada yang menyokong guru tersebut dan ada juga yang mengecam tindakan menggunting uniform berkenaan.
“Jika enggan mengikuti peraturan sekolah, sila belajar sendiri,” kata seorang netizen.
“Benar tetapi janganlah sampai merosakkan pakaian orang lain,” kata pengguna media sosial lain.