Plot Twist! Rakan Bisnes Dedah Sisi Lain Zahnita

Nama pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kembali hangat apabila seorang individu yang mengaku bekas rakan kongsi bisnesnya dikenali sebagai Neysahz mendakwa segala pendedahan dibuat aktres itu kepada umum adalah palsu.

Dakwa individu tersebut, tuduhan Zahnita yang sebelum ini mengatakan telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse adalah tidak benar termasuk kehidupanya telah musnah disebabkan lelaki itu.

“Kes yang dia kena tumbuk tidak benar. Mata Zahnita bukan kena tumbuk suaminya. Tapi dihempuk mainan anak bongsu ketika sedang tidur.

“Kes pukul yang kata suami dia tumbuk tu dan kata suami rosakkan hidup dia pun tak betul.

“Kisah dongeng yang disajikan kepada satu dunia, adalah tidak benar.

“Saya turut bersimpati ke atas anak-anak, suami dan ibu mentua atas segala kehancuran yang telah berlaku.” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Sebahagan daripada pendedahan yang dibuat oleh Neysahz baru-baru ini.

Jelas Neysahz lagi, tindakannya membuat pendedahan itu bukan untuk masuk campur urusan rumah tangga pasangan suami isteri tersebut, tetapi ingin menegakkan kebenaran.

Selain itu, Neysahz juga memberitahu, Abdul Zackery tidak pernah memburukkan isterinya kepada mana-mana pihak.

“Suami dia tak pernah cari saya untuk burukkan isteri dia. Zahnita ini dia banyak bercerita dalam keadaan sekejap cakap A sekejap cakap B, kejap sedar, kejap lupa.

“Macam mana pula suami positif dadah? Dia percaya, isteri dia letak dalam makanan. Mana dia dapat dadah? Hanya keluarga dia je yang tahu,” dedahnya lagi.

Tambah wanita itu, dia juga sudah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk sekiranya dikenakan tindakan undang-undang disebabkan pendedahannya itu.

“Suami awak sudah kerugian berpuluh ribu, anak-anak menanggung malu dan kesihatan mental juga terkesan.

”Kalau suami awak masuk penjara sebab cerita yang kononnya kena kena dera, awak fikir akan mampu bayar segala-galanya untuk anak-anak? Bisnes awak pun sudah jatuh disebabkan ego sendiri.

“Saya bersedia untuk disaman demi tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki istimewa. Harap awak sedar sebelum terlambat,” tambahnya.

Untuk rekod, Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Related post

Leave a Reply