Khemah Tunggang Terbalik Dek Ribut: “Datang Marilah Tengok”
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila kejadian ribut kuat yang melanda ibu kota Kuala Lumpur menyebabkan satu bahagian dinding LRT Masjid Jamek runtuh.
Tidak hanya itu, khemah peniaga bazar Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) juga mengalami kerosakan yang sangat teruk.
Susulan daripada itu, sekumpulan peniaga turut dilihat melahirkan rasa kurang berpuas hati dengan kejadian berkenaan dan ia rakaman ketidakpuasan hati itu telah dikongsikan di TikTok.
Menerusi rakaman tersebut, keadaan menjadi panas apabila peniaga yang terlibat memahari pegawai DBKL yang berada di tempat kejadian.
Dalam masa sama, ada juga peniaga wanita yang meminta pegawai untuk datang dan melihat keadaan mereka di sana.
“Datang tengok, marilah!”
“Semua hancur!”
“DBKL, tolonglah takkan diam je?”
Disebabkan khemah rosak teruk, barang-barang yang ingin diniagakan juga mengalami kerosakan dan sudah tentu mereka mengalami kerugian yang banyak.
Namun, pelbagai respons diberikan oleh netizen. Ada yang melihat insiden tersebut sebagai kejadian bencana alam dan bukan kesalahan datang daripada DBKL.
Sementara itu, ada juga yang kecewa kerana DBKL didakwa tidak membantu para peniaga, terutama khemah yang digunakan didakwa berkualiti rendah.