Satria Mulia Buat ‘Janji Gila’ Demi Baim Wong

SELEBRITI popular Indonesia, Satria Mulia mengejutkan industri hiburan di sana apabila membuat janji sanggup berbogel sekiranya Baim Wong kembali berbaik dengan isterinya Paula Verhoeven setelah pasangan itu memfailkan penceraian Oktober tahun lalu.

Sebagai salah seorang selebriti yang sering mendedahkan pelbagai kontroversi di media sosial, tindakan Satria itu pastinya mengejutkan banyak pihak tentang ‘janji’ yang dibuat.

“Kalau Baim rujuk catat ya. Satria Mulia bersumpah kalau Baim mahu rujuk dengan Paula, saya bakal telanjang bulat di Monas (Monumen Nasional Indonesia),” katanya menerusi wawancara di YouTube Cumicumi.

Kisah pergolakan rumah tangga Baim dan Paula menjadi sorotan media sejak pelakon berkenaan mendedahkan dicurangi sang isteri.

Baim mengakui dia sudah cuba sedaya upaya mempertahankan perkahwinan mereka namun isu kecurangan isteri bersama teman baiknya, benar-benar membuat hatinya hancur.

Tambah Satria, dia pada awalnya lebih memihak kepada Paula disebabkan sifat kasihan kepada wanita teraniaya namun segala-galanya berubah apabila membuat siasatan lanjut.

Satria Mulia menjelaskan dia memihak kepada Baim setelah menyelidiki kes penceraian pasangan itu.

“Saya jenis lelaki yang sangat menyayangi wanita. Jadi apabila ada wanita yang dizalimi, saya pasti akan turun memberikan sokongan.

“Biasanya aku kalau ada perceraian artis lain, saya akan pro ke wanita. Tetapi kali ini ternyata Baim 90 peratus di pihak yang benar. Sebab itu saya membela Baim,” dedahnya lagi.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci apa rahsia besar yang diketahui, Satria mendedahkan yang dia ada bertemu dengan Baim enam bulan yang lalu dan hubungan tersebut semakin rapat sejak isu rumah tangga diperkatakan umum.

Sebagai info, pasangan ini bernikah pada 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Related post

Leave a Reply