Semuanya Bermula Baharu, Ben Amir Dedah Sudah Berpindah Ke Pulau Siargao

PELAKON Ben Amir, 33, membuat kejutan apabila mengumumkan sudah berpindah ke Pulau Siargao, Filipina baru-baru ini.

Pendedahan yang dibuat melalui saluran YouTube miliknya itu mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat tentang hal tersebut.

“Saya sudah meninggalkan Kuala Lumpur dan memulakan kehidupan baharu di Pulau Siargao. Sekarang sedang membiasakan diri dengan kehidupan din pulau.

“Semuanya baharu termasuklah kehidupan dan sedang belajar tentang budaya dan adat orang Filipina,” katanya dalam video tersebut.

Pulau Siargao yang terletak di bahagian Tenggara negara berkenaan begitu terkenal dengan pantai yang indah selain menjadi tumpuan peminat sukan luncur air ke sana.

Pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sebenarnya sering kali mengunjungi pulau berkenaan dan dia juga terkenal sebagai pengembara yang telah mengunjungi banyak destinasi di seluruh dunia.

Ben Amir sedang membina kehidupan baharu di Pulau Siargao, Filipina.

Bagi peminat tegarnya, pengumuman yang dibuat itu tidak mengejutkan memandangkan Ben sendiri sering berkongsi keindahan beberapa lokasi menarik di Filipina sebelum ini.

“Ini adalah permulaan hidup baharu. Saya akan membangunkan villa dan bisnes di sini selain membuka ladang sendiri.

“Banyak perkongsian akan dibuat termasuk kehidupan dan cabaran baharu nanti,” katanya.

Related post

Leave a Reply