Kereta Dikepung: “Macam Mana Nak Keluarkan Kereta Aku”

Kerap kali kita melihat pengusaha kedai makanan meletakkan meja makan untuk kegunaan pelanggan mereka di luar kawasan premis perniagaan.

Bukan setakat kaki lima, malah, ramai pengusaha kedai makan meletakkan meja makan mereka sehingga ke bahu jalan.

Hal ini tidak hanya dilihat menyusahkan orang ramai yang lalu lalang, malah turut mengakibatkan perjalanan pengguna kenderaan juga terhalang.

Begitulah yang dilalui oleh seorang individu yang ‘terperangkap’ gara-gara kenderaan yang diletakkan secara betul di bahu jalan terhalang dek pelanggan kedai makan yang sedang asyik menjamu selera.

“Macam mana nak keluarkan kereta aku ni?” tulisnya pada satu hantaran di TikTok.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan maklum balas yang lucu susulan daripada kejadian berkenaan.

Tetapi, ada juga yang mencadangkan pemilik kenderaan itu untuk melaporkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa.

Namun, pemilik kenderaan itu menjawab yang dia tidak kisah kenderaannya terhalang, bahkan berasa serba salah untuk meminta pelanggan yang sedang makan itu beralih tempat.

“Tak adalah, saya tak kisah pun cuma terkejut. Rasa serba salah pun ada sebab macam menghalang tapi yang terpaling rasa adalah malu. Mereka pun simpan dah meja lepas habis makan so ok lah tunggu,” tulisnya.

Sumber: TikTok

Related post

Leave a Reply