Cendol RM1 Tarik Perhatian – “Bukan Nak Untung Sangat Pun”
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti ramai dalam kalangan kita tercari-cari pemanis yang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.
Selain buah-buahan, pencuci mulut yang bersifat manis seperti cendol juga turut menjadi pilihan.
Bercakap mengenai cendol, viral di media sosial mengenai seorang peniaga yang menjual pencuci kegemaran rakyat Malaysia itu dengan harga RM1.
Menerusi hantaran di TikTok @ezlokal.food, peniaga cendol yang dikenali sebagai Kak Zah itu memberitahu yang dia menjual cendol pada harga murah kerana ingin bersedekah dan mahu semua mampu untuk merasainya.
“Air cendol ni kalau minum RM1. Bukan nak untung sangat pun.
“Lebih kepada bersedekah saja. Niat nak memberi itu je, di sini ada cendol dan ABC tapi ada campur kacang, jagung, pulut, cincau. Itu percuma sahaja.
Dalam pada itu, Kak Zah menjelaskan yang dia sudah meniaga cendol sejak 35 tahun lalu.
“Mula niaga di Taman Datuk Harun punya masjid hampir nak masuk 35 tahun,” ucapnya.