Nama Ameera Panas, Neelofa Minta Doa

“Sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya,” tegas Neelofa saat diminta mengulas mengenai isu yang melanda adiknya ketika ini.

Sejak beberapa bulan lalu, nama Ameera Khan panas rentetan beberapa gambar dan video yang mempamerkan kemesraan bersama teman lelakinya, Jefri Nichol ‘ditayang’ secara terbuka.

Ditambah pula dengan pelbagai kontrovesi yang melanda pelakon popular Indonesia itu, pastinya pelbagai pihak merasa kurang senang dan menuding jadi kepada Neelofa disebabkan isu tersebut.

“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Saya minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.

“Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya,” katanya.

Pun begitu, wanita yang berusia 36 tahun ini mengakui tidak sesekali terganggu dengan segala kecaman yang dilemparkan sebahagian besar netizen kepadanya.

Dia menegaskan sudah mengambil maklum perkara berkenaan namun enggan mendedahkan butirannya kepada umum.

Ameera dan Jefri hangat mempamerkan cinta mereka di media sosial.

“Saya rasa tak perlu untuk saya beritahu. Cukup sekadar perkara ini diketahui oleh adik-beradik, ibu dan ayah saja. Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri.

“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” katanya kepada pihak media selepas menerima Anugerah Wanita Inspirasi sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 baru-baru ini.

Terdahulu nama Jefri panas apabila membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita dan makan daging babi sehingga membuatkan netizen resah.

Related post

Leave a Reply