Gaya Hidup

Wonyoung IVE Dedah Rutin Selepas Konsert, Mandi Sampai Sejam Untuk ‘Reset’ Diri

Anggota IVE, Wonyoung baru-baru ini berkongsi rutin penjagaan diri yang dilakukannya selepas konsert, sekali gus mencuri perhatian peminat menerusi pengakuannya yang cukup jujur.

Momen tersebut dikongsikan menerusi saluran YouTube rasmi IVE pada 11 Ogos lalu, selepas konsert jelajah dunia mereka di Montreal, Kanada.

Dalam video berkenaan, Wonyoung dilihat berehat di atas katil hotel sambil berinteraksi dengan peminat dan berkongsi cara dia merehatkan diri selepas persembahan yang memenatkan.

Walaupun keletihan, penyanyi itu menekankan kepentingan membersihkan diri secara menyeluruh bagi membantu tubuh dan mindanya kembali segar.

Katanya, sebaik sahaja tiba di hotel, dia akan terus membersihkan diri sebelum mandi selama kira-kira sejam.

Rutin mandi yang agak panjang itu sememangnya diketahui oleh pasukan rambut dan solekannya, mencerminkan keinginannya untuk berasa benar-benar bersih dan segar selepas setiap persembahan.

Jang Wonyoung turut menjelaskan yang rutin mandinya melibatkan beberapa kali proses mencuci dan menggosok badan, sambil menyifatkan waktu tersebut sebagai penting untuk dirinya melepaskan tekanan selepas konsert.

Menariknya, dia mengakui bahawa berbaring sebaik sahaja selesai konsert bukan sesuatu yang biasa dilakukannya. Namun, dia membuat pengecualian untuk siri temu bual khas ‘Dive’s Lying-Down Interview’ sebagai tanda kasihnya terhadap peminat.

Selain berkongsi rutin penjagaan diri, Wonyoung turut menitipkan pesanan menyentuh hati kepada dirinya pada masa hadapan.

Dia berharap dalam tempoh setahun akan datang, dirinya menjadi lebih tenang dan mampu menikmati setiap masa sepenuhnya tanpa berasa terlalu terbeban.

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button