Viral

Jijik! Lelaki Didakwa Biar Anak Buang Air Besar Dalam Tong Sampah KLIA

Seorang lelaki yang dipercayai berasal dari China mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial selepas tular sebuah video yang memaparkan dia membiarkan anak kecilnya membuang air besar terus ke dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi satu hantaran di Threads, video tersebut menunjukkan lelaki itu mengangkat kanak-kanak berkenaan dengan bahagian punggungnya berada tepat di atas tong sampah sebelum kanak-kanak itu membuang air besar.

Menurut kapsyen hantaran tersebut, tandas sebenarnya tidak jauh dari lokasi kejadian, namun lelaki berkenaan didakwa tidak mengambil inisiatif untuk membawa anaknya ke tandas.

Pemilik hantaran turut mendakwa bau yang kurang menyenangkan memenuhi ruang balai pelepasan sehingga penumpang lain terpaksa menahan ketidakselesaan.

Menurut The Rakyat Post, kejadian itu berlaku ketika penumpang sedang menunggu untuk menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu dan menyifatkannya sebagai tidak bersih serta tidak menghormati orang lain.

Ini bukan kali pertama insiden pelancong didakwa membuang air di tempat awam menjadi perhatian. Sebelum ini, kejadian seumpamanya pernah dilaporkan di kawasan KLCC dan ruang mengambil wuduk di beberapa lokasi.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan berhubung kejadian tersebut.

Related Articles

Back to top button