Mahasiswi Akui Minat Lelaki Kaya Berusia, Impi Kahwin Datuk Atau Tan Sri

Seorang mahasiswi mencetuskan perbincangan di media sosial selepas mengakui secara terbuka bahawa dia tertarik kepada lelaki berusia yang kaya dan berharap dapat berkahwin dengan individu yang mempunyai status sosial tinggi.
Mahasiswi itu, yang mendakwa sedang mengikuti pengajian di sebuah universiti terkenal dalam bidang profesional berkata, dia sudah lama memendam keinginan tersebut.
Menurut laporan mStar, dia menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berwajah menarik sehingga menyamakan penampilannya seperti seorang model.
Namun, perkara yang paling mengganggu dirinya ialah minat yang terlalu mendalam terhadap lelaki kaya yang lebih berusia.
“Sejujurnya, rupa saya macam model. Masalahnya, saya mempunyai keinginan yang sangat kuat terhadap lelaki kaya yang lebih berusia. Saya minat Datuk dan Tan Sri,” katanya.
Dia berkata, dia lebih tertarik kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas serta ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat-syarikat besar.
Menurutnya, dia meminati lelaki yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh walaupun usia mereka jauh lebih tua daripadanya.
Walaupun ramai wanita berpendidikan tinggi dan berjaya dalam kerjaya sering dilihat mampu berdikari, mahasiswi itu mengakui dia masih berharap dapat berkahwin dengan lelaki kaya bagi menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Katanya, minat terhadap lelaki kaya yang lebih berusia itu menjadi begitu kuat sehingga menjejaskan kehidupan hariannya.
Dia mendakwa kadangkala sukar untuk tidur pada waktu malam kerana asyik memikirkan cara untuk bertemu lelaki yang menjadi idamannya.
Mahasiswi itu turut meminta pengguna Threads berkongsi tip dan cara untuk mendekati lelaki kaya.
Malah, dia turut meminta orang ramai mendoakan agar hasratnya untuk berkahwin dengan lelaki kaya yang lebih berusia menjadi kenyataan.
Foto janaan Google Gemini



