Viral

Lelaki Didakwa Kencing Atas Eskalator Stesen MRT Titiwangsa, Video Tular Undang Jijik

Pengangkutan awam sepatutnya menjadi ruang yang selesa untuk semua pengguna. Namun, masih ada segelintir individu yang mencemarkan pengalaman itu dengan sikap yang tidak menjaga kebersihan.

Seorang lelaki warga asing baru-baru ini didakwa membuang air kecil secara terbuka ketika menaiki eskalator di Stesen MRT Titiwangsa, sekali gus mengundang rasa jijik dalam kalangan orang ramai.

Menerusi satu video yang dikongsikan di Threads, perakam menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai warga Bangladesh sedang menaiki eskalator bersama dua lagi rakannya di stesen berkenaan.

Apabila kamera dizum ke arah seluarnya, kelihatan cecair jernih mengalir keluar sebelum menitis ke atas eskalator.

Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tidak menunjukkan sebarang reaksi dan terus bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Video tersebut pantas tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa jijik terhadap kejadian itu.

Seorang pengguna media sosial mempersoalkan mengapa lelaki terbabit tidak menggunakan tandas yang disediakan di stesen.

Seorang lagi pula mengkritik individu yang merakam video kerana tidak menegur atau menghentikan tindakan lelaki tersebut.

Pempengaruh tempatan, Ceddy Ang, turut memberikan pandangannya mengenai insiden itu.

Menurutnya, kejadian seperti itu mungkin menjadi antara punca mengapa sesetengah kawasan di stesen berkenaan sering berbau air kencing kerana masih ada individu yang membuang air kecil sesuka hati di tempat awam.

Related Articles

Back to top button