Global

Influencer Generasi Pertama Korea Selatan, Lee Joo Hee Meninggal Dunia Mengejut

Influencer generasi pertama Korea Selatan, Lee Joo Hee, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 44 tahun.

Berita pemergiannya dikongsikan menerusi akaun media sosial miliknya pada 25 Jun.

Keluarga Lee memaklumkan bahawa mendiang menghembuskan nafas terakhir sehari sebelumnya, selain menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan perhatian dan sokongan.

“Semalam, Lee Joo Hee, yang amat disayangi sebagai seorang isteri, ibu kepada seorang anak, serta Ketua AAV Collection oleh ramai orang, telah meninggalkan kami secara tiba-tiba.”

“Dia merupakan seorang yang sentiasa berkongsi perkara-perkara baik dan mengimpikan dunia yang lebih indah serta bahagia bersama ramai orang.

“Kami sendiri masih tidak dapat mempercayai berita ini dan sedang dilanda kesedihan yang amat mendalam,” tulis keluarganya.

Lee meninggalkan suami dan seorang anak. Beliau juga merupakan Ketua jenama fesyen AAV Collection.

Mendiang mula dikenali ramai selepas meraih populariti menerusi media sosial, sekali gus menjadi antara influencer generasi pertama yang mencipta nama di Korea Selatan.

Related Articles

Back to top button