Berita

Wanita Belanja Remaja Perempuan Gara-Gara Terlihat Baki Duit Dalam Akaun Bank Hanya Tinggal RM2.43

Seorang wanita tular selepas berkongsi kisah bagaimana dia membantu seorang remaja perempuan yang hanya mempunyai baki RM2.43 dalam akaun bank ketika mahu membeli makanan.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita yang dikenali sebagai Norashiqueen berkata, dia terlihat seorang remaja perempuan berdiri dalam keadaan kebingungan di hadapan sebuah rangkaian restoran makanan.

Wanita itu kemudian menyedari remaja berkenaan sedang memeriksa baki akaun banknya.

“Saya jadi curious dan nampak dia cuma ada RM2.43 saja dalam akaun,” tulisnya.

Mahukan membantu tanpa membuatkan remaja itu berasa malu, wanita tersebut menghampirinya dan berpura-pura meminta cadangan makanan.

“Boleh cadangkan makanan yang sedap? Saya tak tahu nak order apa,” katanya kepada remaja tersebut.

Remaja itu kemudian dengan teruja mencadangkan pelbagai pilihan menu termasuk roti, sos, biskut dan minuman.

Kisah yang dikongsikan individu tersebut tular di media sosial.

Selepas itu, wanita berkenaan membuat bayaran untuk makanan tersebut sebelum menyerahkannya kepada remaja itu.

Difahamkan, remaja terbabit terus sebak selepas menerima makanan tersebut.

“Awak bergurau ke?” tanya remaja itu sambil menangis.

Wanita itu kemudian menenangkan remaja tersebut dan menasihatinya supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih baik.

Ramai netizen memuji tindakan wanita itu kerana membantu dengan cara yang sangat berhemah dan menjaga maruah remaja tersebut.

“Anda manusia terbaik di internet hari ini,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi netizen berkata: “Sebab itu saya pun nak jadi kaya. Bukan semata-mata nak beli barang berjenama, tapi supaya saya boleh belanja orang bila-bila masa,” katanya.

Photo: Janaan Google Gemini

Related Articles

Back to top button