Berita

Salah Plat, Salah Saman… Netizen Bengang Kompaun Dikeluarkan Tanpa Semakan

Seorang pengguna baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selepas dia didakwa dikenakan saman secara salah kerana tidak membayar parkir akibat kesilapan yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki itu berkongsi gambar nombor plat kenderaannya yang memaparkan huruf PPK, berbeza dengan yang tertera pada notis kompaun iaitu PRK.

Menerusi kapsyen, dia menjelaskan dia sebenarnya telah membayar caj parkir untuk sehari, namun terkejut apabila mendapati dirinya tetap dikenakan saman atas alasan tidak membuat bayaran.

Dia turut mengkritik pihak majlis kerana gagal menjalankan semakan teliti sebelum mengeluarkan kompaun tersebut.

“Kalau nak keluarkan saman pun, sekurang-kurangnya masukkan nombor plat dengan betul dalam sistem.

“Sekarang pemilik kereta pula yang kena saman tanpa sebab! Mana tahu kereta itu berada di rumah atau di tempat lain. Memang tak adil!” katanya.

Kenyataan balas yang dimuat baik oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Di ruangan komen, netizen turut tidak berdiam diri dan mengkritik kesilapan tersebut, malah ada yang mendakwa pegawai yang mengeluarkan saman sama ada tidak teliti atau mempunyai niat lain.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman pernah disaman secara salah oleh pihak yang sama atas kesalahan yang tidak dilakukan, sehingga terpaksa meluangkan masa yang panjang untuk menyelesaikannya di mahkamah.

Susulan reaksi orang ramai, pihak majlis akhirnya tampil memberikan respon dengan memohon maaf atas kesilapan tersebut dan memaklumkan bahawa isu itu telah pun diperbetulkan.

Related Articles

Back to top button