Trending

Aisha Retno Ulas Trend Artis Sombong – ‘Kami Manusia Biasa, Ada Masa Penat’

Penyanyi, Aisha Retno, 25, berpendapat isu artis dilabel sombong oleh segelintir netizen di media sosial tidak wajar dilihat dari satu sudut sahaja, sebaliknya perlu dinilai secara adil melibatkan kedua-dua pihak.

Menurut Aisha, setiap teguran atau perbincangan yang timbul di platform seperti Threads boleh dijadikan cerminan buat golongan selebriti untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Sebagai artis, kita kena ambil perkara seperti ini sebagai peringatan untuk sentiasa memperbaiki diri.

“Saya bukan kata artis itu salah sepenuhnya, tetapi kita juga manusia biasa yang ada masa penat atau tidak sempat untuk melayan semua orang,” katanya.

Dalam masa sama, Aisha mengakui media sosial kini menjadi ruang terbuka untuk orang ramai meluahkan pandangan, termasuk memberi kritikan terhadap selebriti.

“Netizen ada hak untuk bersuara berdasarkan apa yang mereka lihat. Platform seperti Threads memang terbuka untuk semua, jadi kita tidak boleh menghalang orang daripada memberi pendapat,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Aisha berharap peminat dapat lebih memahami situasi sebenar artis serta menegur dengan cara yang lebih berhemah dan beradab.

“Kami juga manusia biasa yang ada hari kurang baik dan kadang-kadang tidak sempat bertegur sapa.

“Kalau ingin menegur, buatlah dengan cara yang baik dan berpada-pada kerana setiap orang ada batas keletihan masing-masing,” jelasnya seperti dilapor Berita Harian.

Sebelum ini, isu artis didakwa bersikap sombong menjadi perbualan hangat di media sosial apabila beberapa nama selebriti dikaitkan dengan dakwaan tersebut oleh netizen.

Related Articles

Back to top button