Trending

Kenali Pramugara ‘Tenang’ Di Sebalik Insiden Penumpang China Mengamuk

Seorang wanita warga China yang mengalami ledakan emosi ketika dalam penerbangan baru-baru ini menjadi tular, sekali gus menarik perhatian ramai di media sosial.

Namun di sebalik insiden tersebut, perhatian netizen turut tertumpu kepada seorang pramugara lelaki asal Malaysia yang tampil mengawal keadaan.

Ketika pertelingkahan antara dua penumpang memuncak, pramugara itu dilihat berdiri di tengah-tengah mereka dan cuba menenangkan situasi tanpa meninggikan suara.

Walaupun suasana tegang, pramugara itu kekal tenang, bersuara dengan nada stabil dan tidak menunjukkan sebarang reaksi panik atau emosi.

Sikap profesional dan ketenangannya itu pantas mencuri perhatian ramai. Netizen turut memuji caranya mengendalikan situasi tersebut.

Ramai menggambarkan lelaki itu sebagai seorang yang sangat tenang dan terkawal, malah ada yang mengatakan dia tampil pada masa yang tepat.

Tidak kurang juga yang memberikan gelaran seperti lelaki ‘Let Me Handle’, manakala ada yang berseloroh memanggilnya ‘ceiling of emotional management’ kerana kebolehannya mengawal keadaan.

Pramugara tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai Safiq Gisma, seorang kru kabin Malaysia yang turut aktif dalam bidang pengiklanan dan penciptaan kandungan.

Selain kerjayanya dalam industri penerbangan, Safiq juga mempunyai kehadiran di media sosial dengan lebih 50,000 pengikut di TikTok, di mana dia sering berkongsi kehidupan sebagai kru kabin.

Pada tahun 2025, Safiq turut menyertai pertandingan Man of Malaysia 2025 dan berjaya memenangi anugerah Best Influencer serta Best Content Creator.

Related Articles

Back to top button