Global

Gara-Gara Kontroversi Abang Kandung, Netizen Korea Mahu Boikot Jisoo

Jisoo BLACKPINK kini berdepan seruan boikot daripada netizen Korea susulan kontroversi melibatkan abangnya, Kim Jung Hun.

Hal ini kerana, Jung Hun, baru-baru ini terpalit dengan skandal salah laku seksual dan tempiasnya kini turut terkena kepada penyanyi tersebut. Segelintir individu menyatakan mereka akan berhenti menonton karya lakonan Jisoo serta tidak lagi mahu strim muziknya.

Salah satu hantaran yang tular di platform komuniti dalam talian Pann meraih ratusan undian, namun pada masa sama turut menegaskan yang menghina dan meninggalkan komen kebencian terhadap Jisoo adalah tidak wajar.

“Sejujurnya, memang normal untuk rasa kurang selesa dengan ahli keluarga pesalah.
Jadi secara peribadi, saya takkan tonton drama atau filem Jisoo, takkan dengar muziknya dan akan boikot dia.

“Tapi itu sekadar pilihan saya untuk tidak menyokong. Apa yang saya tak faham ialah kenapa ada orang sanggup keluar dari cara untuk menghina dan tinggalkan komen jahat.

“Selebriti hidup dengan perhatian, jadi kalau tak suka, berhenti beri perhatian dan sekat sahaja supaya tak muncul lagi di ‘feed’,” tulis seorang pengguna menerusi Pann. Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan tersebut.

“Ini bukan saja untuk selebriti kontroversi, tapi seluruh industri hiburan. Kalau nak seseorang ‘jatuh’, berhenti terus daripada menyokong atau membenci. Tiada perhatian lebih ‘menakutkan’ daripada komen kebencian.”

“Walaupun kesalahan itu dilakukan oleh abangnya, jika ada yang hilang minat terhadap Jisoo, itu pilihan masing-masing. Tapi menyerang adiknya atas jenayah yang dilakukan lelaki lain memang keterlaluan.”

“Apa sebenarnya yang orang nak Jisoo buat? Adakah dia perlu mengawal setiap pergerakan abangnya yang sudah dewasa? Kenapa bila lelaki buat salah, wanita dalam keluarga pula dipersalahkan?”

“Perbincangan ini sepatutnya fokus kepada menyokong mangsa dan memastikan pelaku menerima hukuman setimpal, bukan menyimpang kepada menyerang ahli keluarga yang tidak terlibat.”

Ramai juga menegaskan bahawa menghina seorang wanita atas jenayah berunsur misogini yang dilakukan oleh lelaki lain adalah tidak masuk akal dan hanya mengulangi corak pemikiran yang sama bermasalah.

Sumber: Koreaboo

Related Articles

Back to top button