TEN Tinggalkan SM Entertainment, Masih Aktif Sebagai Anggota NCT, WayV

SM Entertainment secara rasmi mengumumkan penamatan kontrak eksklusif bersama TEN.
SM Entertainment dalam satu kenyataan berkata, penamatan kontrak eksklusif bersama TEN bermula pada 8 April ini.
“Selepas perbincangan mendalam mengenai hala tuju masa depan TEN, kami telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak eksklusifnya berkuat kuasa 8 April.
“Kami akan terus berkoordinasi supaya TEN boleh menyertai aktiviti kumpulan WayV dan NCT pada masa hadapan.
“Kami merakamkan penghargaan kepada TEN atas bakat luar biasa yang dipamerkannya sebagai ahli kumpulan dan juga artis solo sejak debut. Kami menyokong sepenuhnya permulaan baharunya,” ujar kenyataan tersebut.
SM turut menegaskanx mereka akan terus memberikan sokongan penuh kepada WayV serta berusaha sebaik mungkin demi peminat yang terus menyokong kumpulan tersebut.
Berita ini hadir susulan laporan terdahulu mengenai Mark Lee yang meninggalkan SM Entertainment dan menarik diri daripada NCT 127.
Namun bagi TEN, peluang untuk terus terlibat dalam aktiviti WayV dan NCT masih terbuka, sekali gus menarik perhatian peminat.



