Viral

Nilaikan KLIA Berdasarkan Burger, Pelancong Luar Negara Ini Dikecam

Seorang warga Kanada mencetuskan kecaman dalam talian selepas melabel Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai antara yang terburuk di Asia, berdasarkan pengalamannya menikmati burger di sana.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, lelaki itu dilihat membuat riak wajah tidak puas hati ketika duduk di sebuah restoran makanan segera. Teks yang dipaparkan pada klip tersebut menyampaikan pandangannya yang mengkritik KLIA.

Kenyataannya itu pantas menarik perhatian rakyat Malaysia yang kurang senang dengan perbandingan berkenaan.

Ramai netizen mempersoalkan bagaimana sebuah rangkaian makanan segera dari Amerika boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai kualiti sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Ada juga yang menyindir tindakan terbang merentasi benua hanya untuk menikmati makanan francais dari negara asalnya sendiri.

Sebahagian netizen pula berpendapat, komen tersebut seolah-olah membawa maksud yang lebih mendalam, malah mempersoalkan sama ada kritikan itu berpunca daripada jangkaan yang tidak realistik.

Terdapat juga reaksi lebih keras yang menuduh lelaki berkenaan menilai Malaysia secara tidak adil.

Bagaimanapun, segelintir netizen memilih untuk mempertahankan KLIA dengan fakta.

Seorang pengguna memaklumkan KLIA disenaraikan sebagai antara lapangan terbang paling berhubung di dunia, malah menduduki tempat kedua secara global dari segi nisbah sambungan dalam Indeks Megahub OAG 2024, hanya di belakang London Heathrow Airport.

Tambahnya lagi, infrastruktur lapangan terbang serta tahap keterhubungan global tidak mempunyai kaitan langsung dengan kualiti makanan segera yang dijual di premis tersebut.

Related Articles

Back to top button