BeritaViral

Roti Canai Tak Habis Bertimbun Dalam Tong Sampah Masjid Cetus Kemarahan Netizen

Seorang netizen baru-baru ini meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mendakwa berlaku pembaziran makanan yang melampau di sebuah masjid di Shah Alam, apabila kotak-kotak roti canai dilihat bertimbun dalam tong sampah.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut berkongsi gambar yang dirakamnya di masjid berkenaan, memaparkan beberapa bungkusan plastik roti canai yang masih berbaki tetapi telah dibuang ke dalam tong sampah.

Dia kemudian menegur sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang membazirkan makanan.

“Kepada yang datang untuk iftar, moreh atau sahur, tolong jangan berperangai macam ini. Ambil makanan banyak-banyak lepas tu buang bila tak habis. Tak rasa bersalah ke?

“Sedih sebab ada jemaah lain yang datang lewat akhirnya tak dapat makanan. Akhirnya mereka cuma dapat minum air sahaja,” tulisnya.

Menurutnya lagi, ada yang mengambil dua hingga tiga hidangan untuk diri sendiri tetapi tidak menghabiskannya.

Di ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa terkejut dan tidak puas hati melihat jumlah makanan yang dibuang.

“Ini mentaliti tamak sebab makanan percuma, nak ambil semua. Banyak kes berlaku di masjid-masjid.”

“Pembaziran makanan waktu Ramadan paling tinggi, sampai 75,000 tan. Malu tengok orang Islam sendiri berperangai macam ni. Jangan ikut nafsu, makan bila betul-betul lapar.”

“Sedih tengok makanan dalam tong sampah. Kalau saya nampak, saya bagi pada haiwan terbiar.”

Perkongsian itu sekali lagi mengingatkan orang ramai tentang pentingnya bersederhana dan mengelakkan pembaziran, terutamanya dalam bulan yang menekankan nilai kesyukuran dan keinsafan.

Related Articles

Back to top button