FoodsViral

Wanita Dakwa Terima Kuetiau Saiz Kanak-Kanak, Tapi Bayar Harga RM18.25

Seorang wanita mencetuskan perdebatan dalam talian selepas mendakwa menerima hidangan kuetiau dalam saiz yang sangat kecil walaupun membayar RM18.25 di sebuah rangkaian restoran Cina halal di Puncak Alam, Selangor.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu mendakwa hidangan yang diterimanya jauh lebih kecil berbanding saiz yang pernah diperoleh ketika kunjungan terdahulu ke restoran sama.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu berkongsi gambar yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti sebahagian kecil keutiau yang diletak dalam bekas makanan bawa pulang.

Menurutnya, hidangan itu ditempah melalui platform penghantaran makanan dan berharga RM18.25. Namun, dia mendakwa saiz hidangan ersebut tidak setanding dengan apa yang pernah diterimanya sebelum ini dari premis berkenaan.

Dia turut mempersoalkan jumlah kuah dalam bekas yang dilihat jauh lebih banyak berbanding mi, malah menyifatkan hidangan itu sebagai saiz kanak-kanak.

Di ruangan komen, wanita tersebut menambah bahawa platform penghantaran makanan berkenaan tidak memberikan sebarang bayaran balik selepas dia mengemukakan aduan. Kecewa dengan pengalaman itu, dia menyatakan hasrat untuk memboikot kedua-dua platform dan restoran tersebut pada masa akan datang.

Rangkaian restoran terbabit dipercayai beroperasi di Puncak Alam, namun dia tidak mendedahkan cawangan spesifik dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu pantas tular, dengan ramai warganet mempersoalkan bagaimana premis berkenaan boleh mengenakan harga melebihi purata bagi portion yang kelihatan kecil.

Ada juga pengguna mendakwa pernah melalui situasi sama dan mengatakan hidangan mereka turut lebih kecil daripada jangkaan.

“Macam mana boleh goreng sikit sangat macam tu? Tak rasa segan ke, bro?”

“Nampak macam lupa letak kuah hahaha. Belum penuh pun dah bagi pada rider p”

“Eh ini makanan belum siap ke? Hahaha”

Related Articles

Back to top button