MusicViral

Hael Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Sudah Nikahi Dayang

Penyanyi, Hael Husaini, 39, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi perkahwinannya dengan penyanyi Dayang Nurfaizah yang terus menjadi perbualan ramai sejak kebelakangan ini.

Pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi, berkata buat masa ini dia lebih selesa menumpukan perhatian terhadap urusan perniagaan dan enggan menyentuh hal berkaitan kehidupan peribadi.

“Saya sudah berjanji dengan Datuk Nana, saya hanya akan fokus bercakap mengenai perniagaan sahaja. Sekali lagi saya mohon maaf,” katanya ringkas.

Sebelum ini, timbul pelbagai desas-desus mendakwa Hael dan Dayang telah melangsungkan perkahwinan secara tertutup, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Selain itu, spekulasi mengenai pertunangan antara mereka juga turut bertebaran, namun Dayang memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, sebelum ini turut menafikan khabar angin kononnya terdapat tarikh istimewa yang telah ditetapkan bagi majlis perkahwinan seperti yang diperkatakan.

Related Articles

Back to top button