Umie Aida Amal Berwuduk Sebelum Berlakon
PELAKON, Datin Seri Umie Aida, 52, mendedahkan dirinya sentiasa berada dalam keadaan berwuduk sebelum memulakan penggambaran.
Menurut pemilik nama sebenar Umi Khalsum Rahmad Ali, dia menerapkan kebiasan untuk mengambil wuduk supaya dapat menjaga batasan dan mengelakkan bersentuhan dengan pelakon lelaki.
“Saya mesti kena berada dalam keadaan berwuduk setiap kali nak berlakon, bukan hanya berlakon dalam drama Keluarga Itu sahaja, tetapi sudah saya lakukan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terapkan begitu supaya dapat jaga batas dengan pelakon lelaki. Apabila ada wuduk kita akan ‘set’ dalam kepala untuk tidak bersentuhan dengan lain jantina,” kongsinya.
Tambah Umie, dia sudah menerapkan kebiasaan untuk berwuduk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya mula terapkan perkara ini sejak beberapa tahun lalu, lepas sahaja berwuduk barulah akan bersolek. Sekurang-kurangnya dapat jaga wuduk sampai Asar atau Maghrib,” tutur adik kepada Erma Fatima itu lagi.