Tisu Habis, Wanita Lap Tangan Kotornya Pada Baju Pekerja Restoran

GARA-gara mengelap tangan yang kotor pada baju pekerja di sebuah restoran, seorang wanita warganegara Indonesia teruk dikecam netizen.

Menerusi laporan Abatanews, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar 6:59 waktu tempatan di Kota Jambi, Indonesia, beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik kembali di laman TikTok, wanita tersebut dilihat meminta tisu di kaunter pembayaran.

Begitupun, tisu di kaunter berkenaan telah habis dan wanita itu bertindak mengelap tangannya yang kotor pada baju pekerja dan terus berlalu pergi dari premis berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh restoran tersebut, tisu yang baharu telah diletakan dalam bekas yang sepatutnya, namun pekerja tersebut lupa ia berada di sana.

Menerusi rakaman itu juga, ramai dalam kalangan netizen mengecam tindakan wanita berkenaan.

“Sebab itu penting ada ilmu dan adab.”

“Wanita buruk memang tiada adab.”

Difahamkan, rakaman itu telah ditonton lebih 900,000 ribu kali.

Related post

Leave a Reply