Terapi Emosi Bersama For Revenge

Menjadi antara band paling berpengaruh dia Indonesia, nama For Revenge sebetulnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Lagu-lagu yang dibawakan sering kali mendapat sambutan dan dilihat kena dengan selera sebahagian besar khalayak.

Luahan perasaan, air mata dan nostalgia sering menjadi taruhan dan Kuala Lumpur bakal mencatatkan sejarah baharu buat mereka yang bakal mengadakan persembahan pada 4 Mei ini di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert For Revenge Ada Selamanya Ada Selamanya Live In KL bukan sekadar persembahan tetapi ia adalah sebuah pengalaman emosi yang akan membawa anda menyelami dunia perasaan yang mungkin selama ini terpendam, terpahat, atau terabaikan.

Dibawakan khas oleh Rockstage Entertainment, ada sesuatu yang menarik cuba dibawa oleh mereka sementelah banyak menganjurkan konsert rock sebelum ini.

Menurut Pengarah Urusan Rockstage Entertainment, Talib Othman, konsert For Revenge Ada Selamanya Live in KL bukan sekadar konsert biasa kerana ianya dianggap sebagai terapi emosi bagi peminat.

“Dengan durasi sekitar 120 minit, For Revenge akan membawa penonton melalui perjalanan emosi yang mendalam, mencipta ruang di mana setiap individu dapatmerasakan dan melepaskan perasaan yang terpendam.

“Saya pasti peminat For Revenge pernah menyaksikan persembahan mereka sebelum ini akan merasai pengalaman berbeza, eksklusif dan berbaloi dengan nilai tiket yang anda beli,” tambahnya.

For Revenge bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan lagu-lagu popular mereka.

Bayangkan diri anda berdiri di tengah ribuan orang dan dalam seketika, anda merasa seperti sendirian. Setiap not muzik, setiap lirik yang dilantunkan, seolah-olah ditujukan khas untuk semua yang hadir.

For Revenge bukan sekadar band, mereka adalah suara bagi mereka yang pernah terluka, yang pernah kecewa dan yang masih mencari makna dalam setiap helaan nafas.

Kumpulan yang dianggotai oleh Boniex Noer (vokal), Arief Ismail (gitar), Izha Muhammad (bass), dan Ari Pribadi (dram) merupakan band yang dibentuk di Bandung pada 2006.

Menyusuri perjalanan seni mereka, banyak rangkaian lagu-lagu mereka mendapat sambutan peminat termasuklah Serena, Jakarta Hari Ini, Sadrah dan Untuk Siapa.

“Rasanya anda masih belum terlewat untuk ‘berlayar’ bersama For Revenge. Inilah masanya untuk and- membelai jiwa, berkongsi malam yang mungkin tidak akanberulang”, ujar Talib lagi.

For Revenge telah menjadi suara bagi generasi yang mencari makna dalam kesakitan dan keindahan.

Album Heart Break Celebration- Round 1 misalnya menjadi bukti kematangan mereka dalam mengolah emosi menjadi karya yang universal.

Bagi mereka yang mahu turut serta ‘menyuci jiwa’ boleh dapatkan tiket melalui
www.myticketempire.com/forrevengekl.

Related post

Leave a Reply