Saji Kandungan Menarik, TVS Perkanal TVS Inspire
Seiring dengan perubahan semasa, stesen TVS memperkenalkan aplikasi OTT (over the top) TVS Inspire bagi menandakan menandakan satu pencapaian penting bagi memperkukuh kedudukannya sebagai platform utama yang mengangkat visi dan pencapaian Sarawak.
TVS Inspire memberikan penonton pengalaman menonton yang lebih mudah dan interaktif, membolehkan akses langsung ke kandungan TVS, termasuk siaran langsung dan on-demand.
Melalui inisiatif ini, TVS bukan sahaja berperanan sebagai penyiar utama Sarawak, tetapi juga sebagai platform yang menghubungkan penonton di seluruh dunia.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menawarkan pengalaman hiburan yang istimewa, TVS Inspire telah menyiarkan dua acara eksklusif secara langsung pada sebelum ini.
Penonton kini dapat menikmati Twins Championship 103 dan Malam Gala AIFFA 2025serentak, hanya di aplikasi TVS Inspire.
Twins Championship 103 merupakan aksi tinju amatur yang menyaksikan pertarungan mendebarkan antara Kilat Boy dari Malaysia dan Yenson Mustamu dari Indonesia, yang pastinya menarik minat peminat sukan tersebut.
Acara ini boleh ditonton secara langsung di aplikasi TVS Inspire atau di platform Facebook, YouTube, dan TikTok TVS Entertainment.
Sementara itu, Malam Gala AIFFA 2025 tuurut disiarkan menampilkan bintang filem terkenal Hong Kong, Simon Yam dan diva pop Indonesia, Ruth Sahanaya, dalam satu malam penuh glamor dan prestij.
TVS Inspire terus memperkaya pilihan kandungan dengan menyediakan lebih banyak program bukan sahaja daripada Sarawak malah dari seluruh dunia untuk semua penonton.
TVS mengukuhkan kedudukannya sebagai platform penyiaran yang merangkumi pelbagai genre, dari sukan hingga hiburan, menjadikan TVS lebih dari sekadar penyiar serantau.
Bermula Disember ini, aplikasi ini juga akan menyiarkan Sukan SEA 2025 yang berlangsung Thailand, satu acara sukan yang sangat dinantikan kepada penonton di seluruh Asia Tenggara.
