Viral

Rogol Ibu Sendiri Ketika Ibu Sedang Sujud Dalam Solat

Figura media sosial, Afiz Ayub mendedahkan sebuah kisah yang sungguh mengejutkan ketika melawat Pusat Pemulihan Al Nur Barakah (PPAN), Kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Afiz mendedahkan kelakuan aib yang pernah dilakukan oleh salah seorang penghuni di sana.

Antaranya adalah cerita seorang remaja berusia 18 tahun yang bertindak merogol ibunya sendiri ketika ibunya sedang sujud menunaikan solat.

Difahamkan, sehingga hari ini, si ibu tidak mahu bertemu dengan anaknya lagi.

“Anak-anak ini bukanlah kebanyakkan dari anak-anak B40, tetapi sebenarnya lebih daripada itu.
Kenapa boleh bersifat begini? Ada yang jawab sebab ibu bapa mereka tak kisahkan mereka hingga mereka ikut salah kawan yang menjerat pengambilan benda terlarang.

“Buat masa ini, ada lebih 70 pelajar lelaki dan lebih daripada 30 orang pelajar perempuan. Mereka yang masuk pun bukan kaleng-kaleng pelajar. Ada dari anak menteri dan kebanyakkan orang orang kaya.

“Ada yang menyedihkan lagi bagi pelajar perempuan, mereka orang yang bijak dan belajar di University Islam terbesar Malaysia, akan tetapi di dorang hingga menjadi murtad oleh orang yang tidak bertanggungjawab hingga menjadi pelacur atasan,” tulisnya lagi.

Begitupun, menurut Afiz, ramai antara penghuni pusat tersebut yang berjaya menyambungkan pelajar apabila mereka tamat proses pemulihan.

“Ada yang sambung ke Syria, Afrika, Jordan dan sebagainya. Lebih 400 pelajar yang meneruskan pelajaran di Aceh, Indonesia.

“Bagi yang tidak meneruskan pelajaran, anak-anak ini akan ditawarkan kerja mengikut kemahiran yang mereka kuasai. Ada juga yang kami serap menjadi petugas sepenuh masa.

“Apa yang menariknya, ramai pelajar dapat menghafal Al-Quran dan mereka jika boleh tidak mahu keluar kerana takut tersesat atau terjerat dengan peristiwa hitam mereka,” ujar Afiz.

Related Articles

Back to top button