Global

Polis Thailand Menyamar Jadi Penari Demi Tangkap Pengedar Dadah

Pelbagai cara dilakukan oleh pihak berkuasa demi menangkap penjenayah. Ada yang melibatkan strategi dan ada juga yang melibatkan pasukan.

Lain pula yang berlaku di Thailand baru-baru ini.

Sekumpulan pegawai polis di negara itu berjaya menahan seorang pengedar dadah tempatan dengan menyamar sebagai kumpulan tarian dalam satu operasi khas.

Menurut laman web The Thaiger, operasi tersebut dijalankan oleh pihak polis di Tha Luang, Lop Buri, Thailand.

Suspek yang dikenali sebagai Mekha Fa-wap-wap ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan perjudian haram.

Pihak berkuasa turut merampas 53 pil methamphetamine serta sebuah telefon bimbit.

Mekha kini masih berada dalam tahanan polis sementara menunggu proses perundangan selanjutnya.

Related Articles

Back to top button