Persembahan Di MAMA Awards 2025 Dikritik, Ini Respons G-Dragon

Persembahan Di MAMA Awards 2025 Dikritik, Ini Respons G-Dragon

Penyanyi G-Dragon menerima kritikan dalam kalangan peminat dan juga orang ramai ketika menjayakan persembahan di MAMA Awards 2025 yang berlangsung di Stadium Kai Tak, Hong Kong baru-baru ini.

Menerusi persembahan tersebut, G-Dragon yang menyanyikan lagu Heart Break dan Untitled, 2014 dikecam kerana terlalu bergantung pada AR, dengan bahagian vokal yang banyak diserahkan kepada trek latar. Sebahagian penonton pula turut merasakan kualiti vokalnya tidak stabil.

Selepas persembahan tersebut, akaun media sosial rasm MAMA memuat naik sebuah video sorotan. Di bawah klip berkenaan, G-Dragon meninggalkan emoji ‘thumbs down’ dan tanda elipsis, isyarat jelas bahawa dia sendiri tidak berpuas hati dengan hasil persembahannya.

G Dragon meninggalkan tanda ‘thumbs-up down’ pada video berkenaan.

Memandangkan persembahan G-Dragon sebelum ini sudah mencetuskan persoalan tentang kemampuannya menyanyi secara langsung, pentas MAMA Awards 2025 kli menjadi titik perdebatan baharu.

Terdahulu, menerusi kemunculan di acara SBS Gayo Daejeon, vokal G-Dragon kedengaran serak, ad-lib tersasar dan beberapa kali dia kedengaran terlambat masuk ketika nyanyian.

Semenyara itu, ketika persembahan pembukaan jelajah dunia di Goyang pada Mac, dia kadang-kadang tidak menyanyi dan menggantikan bait-bait lirik dengan melakukan ‘humming’.

Dalam perkembangan berasingan, G-Dragon menyumbang kira-kira ASD 130,000 (RM537,365) kepada Tabung Sokongan Wang Fuk Court di Tai Po bagi membantu pemulihan kawasan kebakaran dan khidmat kaunseling komuniti di Hong Kong.

Sumber: Allkpop

Related post

Leave a Reply