Pasang Jubin Atas Jalan, Penunggang Motosikal Terjatuh Gara-Gara Tergelincir

Jalan raya pada kebiasaannya perlulah berada dalam keadaan lapang dan bebas daripada halangan bagi memastikan perjalanan sebarang kenderaan lancar.

Namun, lain pula kisahnya yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang viral di media sosial, seorang lelaki terjatuh daripada motosikal yang ditunggang apabila lorong yang dilalui dilitupi dengan jubin seramik.

Kemalangan itu terakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) baru-baru ini sebelum ia dimuat naik di platform Instagram.

Menerusi rakaman video tersebut, penunggang berkenaan dilihat menunggang motosikal di sebuah lorong yang agak sempit. Pada waktu itu hujan sedang turun.

Pada lorong itu, kelihatan sebahagian laluan tengah telah dipasang jubin, membuatkan jalan tersebut menjadi licin.

Video yang dimuat naik itu mencatatkan lebih 14.1 juta tontonan di samping 6,000 komen.

“Siapa punya idea pasang jubin di tengah jalan?” kata seorang netizen.

Related post

Leave a Reply