Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G iaitu Nico meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11.15 malam Jumaat bersamaan 5 Syawal.

Berita kehilangan seorang lagi permata seni itu disahkan oleh bekas pengurus Nico iaitu Ayob Abd Majid.

Menurut Ayob, Nico atau nama sebenar Abdul Fashah Abdul Aziz, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri sewaktu menumpang tidur di kediaman rakannya.

Tambah Ayob, punca kematian masih belum diketahui dan perlu menunggu keputusan bedah siasat.

Sekadar info, Nico mencipta populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an yang turut dibarisi Affa dan Dino.

Mereka pada asalnya menggunakan nama Nico atau Network International Chicanos Organization dan dikenali menerusi lagu Inilah Nasibku pada 1993.

Antara lagu popular mereka adalah ‘Inilah Nasibku’, ‘Siaga’ dan ‘Rindu’.

Related post

Leave a Reply