Netizen Dakwa Aisar Serabut Dengan Situasi Peminat Di Indonesia
Pencipta kandungan dan pempengaruh, Aisar Khaled kini begitu popular di negara seberang Indonesia.
Melihat pada kandungan video yang dihasilkan di TikTok, ramai dalam kalangan masyarakat tempatan di sana begitu ‘menggilai’ lelaki berusia 25 tahun itu.
Masakan tidak, setiap hantaran yang dikongsikan menerima jutaan tontonan bahkan lebih daripada itu.
Sungguhpun begitu, terdapat cakap-cakap nakal yang mendakwa Aisar kurang berkenan apabila sentiasa dikerumuni peminat.
Menerusi satu perkongsian videonya, Aisar dikerumuni oleh orang ramai peminat, khususnya kelompok kaum wanita. Tidak hanya itu, terlihat peminat yang mengerumininya itu turut menyentuh dan mencuit Aisar.

Aisar kemudian hanya duduk diam dan cuba menepis peminat yang menyentuhnya pada waktu itu.
Netizen yang melihat video berkenaan sedar bahawa Aisar tidak selesa dengan keadaan tersebut.
Melihat komen-komen yang ditinggalkan, ramai dalam kalangan netizen menyifatkan Aisar sudah mula kurang selesa dengan situasi di sana dan ada juga yang menegur mereka yang secara suka-suka menyentuh individu lain.