Global

Netflix Umum Konsert Jelajah Global K-Pop Demon Hunters

Netflix secara rasmi mengumumkan konsert jelajah global untuk filem animasi K-Pop Demon Hunters menerusi acara Tudum yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Neftlix, konsert jelajah ini bakal membawa filem popular tersebut kepada penonton secara langsung di seluruh dunia.

Jelajah dunia berkenaan merupakan projek spin-off yang diinspirasikan daripada filem animasi itu.

Netflix menggambarkan projek ini sebagai pengalaman persembahan secara langsung yang menghidupkan elemen-elemen daripada filem tersebut.

Untuk jelajah itu, Netflix akan bekerjasama dengan AEG Presents, sebuah syarikat hiburan utama dari Amerika Syarikat.

Maklumat lanjut mengenai tarikh serta lokasi konsert dijangka diumumkan lewat tahun ini.

Presiden Pengiklanan Netflix, Amy Reinhard berkata, peminat K-Pop Demon Hunters bakal dapat merasai pengalaman lebih dekat dengan karakter dan muzik yang mereka gemari.

K-Pop Demon Hunters mengisahkan sekumpulan idol K-pop yang secara rahsia bertugas sebagai pemburu syaitan.

Cerita itu mengikuti perjalanan kumpulan wanita HUNTR/X yang bertarung menentang kumpulan lelaki roh jahat dikenali sebagai Saja Boys.

Filem tersebut menjadi fenomena global selepas mencatat lebih 300 juta tontonan terkumpul, menjadikannya kandungan pertama Netflix mencapai angka tersebut.

Pencapaian itu juga dilaporkan mengatasi kejayaan luar biasa Squid Game.

Selain itu, filem tersebut memenangi dua trofi di Anugerah Golden Globe ke-83 serta dua anugerah termasuk Lagu Original Terbaik di Anugerah Akademi ke-98.

Runut bunyi filem itu turut menjadi hit di seluruh dunia.

Lagu Golden kekal berada di kedudukan teratas carta Billboard Hot 100 selama 46 minggu berturut-turut.

Lagu-lagu nyanyian HUNTR/X dipersembahkan oleh EJAE, Audrey Nuna dan Rei Ami.

Manakala lagu untuk Saja Boys pula dinyanyikan oleh Andrew Choi, Kevin Woo, Danny Chung, Neckwav dan samUIL Lee.

Related Articles

Back to top button