‘Mindset Kolot Suka Pukul Anak’ – Neelofa

Selebriti terkenal, Noor Neelofa, 36, menyifatkan tindakan ibu bapa yang merotan anak dengan tujuan mahu mendidik sebagai perbuatan yang lahir daripada pemikiran kolot.

Neelofa berkongsi pandangannya itu beserta sepotong video milik seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak yang meluahkan kebimbangan terhadap ibu bapa menggunakan rotan dalam mendidik anak-anak kecil.

“Mindset kolot suka pukul anak. Otak anak boleh rosak, emosi anak boleh rosak dan perkembangan boleh terbantut.

“Setuju sangat dengan perkongsian ini,” kata Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu menerusi hantaran di Instagram Story.

Menerusi video yang dikongsikan semula itu, pakar tersebut menjelaskan, kekerasan seperti merotan hanya akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, termasuk dari segi neurologi dan emosi.

Sekadar info, Neelofa kini memiliki dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2 hasil perkahwin dengab pendakwah Haris Ismail pada 27 Mac 2021.

Related post

Leave a Reply