Viral

Letak Keranda Tepi Jalan Mesej ‘Deep’ Buat Mat Rempit

Walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan, pelumba haram masih terus melakukan aksi berbahaya tanpa menunjukkan tanda untuk berhenti.

Daripada sekadar mengulang peringatan yang sama, sekumpulan anak muda di Selangor memilih pendekatan berbeza dengan menyampaikan mesej yang lebih ‘keras’ iaitumenunjukkan kemungkinan pengakhiran kepada perbuatan tersebut.

Dalam satu video tular di TikTok, beberapa lelaki dilihat mengangkat sebuah keranda putih keluar dari van jenazah sebelum meletakkannya di tepi jalan di kawasan Batu 12, Sungai Buloh, Selangor.

Tindakan luar biasa itu bertujuan menjadi peringatan jelas kepada pelumba haram mengenai bahaya lumba jalanan.

Menurut video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @arep743, kumpulan tersebut sengaja meletakkan keranda di tepi jalan sebagai amaran visual.

Video itu turut disertakan kapsyen ‘Let’s see who falls for it’, membawa mesej sinis kepada mereka yang masih berdegil melakukan aktiviti berbahaya walaupun telah berkali-kali diingatkan.

Difahamkan, kumpulan anak muda tersebut dipercayai terdiri daripada ahli komuniti masjid tempatan. Tujuan mereka adalah untuk meluahkan rasa kecewa serta meningkatkan kesedaran, dengan menggunakan keranda sebagai simbol kematian bagi menggambarkan kemungkinan akibat lumba haram.

Video tersebut pantas mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan banyak netizen memuji pendekatan berani dan luar biasa itu.

Ada yang berpendapat mesej tersebut cukup kuat untuk menginsafkan pelumba haram.

“Bagus, anak muda ingatkan anak muda lain.”

“Kalau dah penat ‘terbang’, boleh terus baring situ.”

“Kenapa tak pasang speaker sekali, mainkan muzik bila tiba masanya?”

Related Articles

Back to top button