Kongsi Gambar Pra-Perkahwinan, Uncle Roger Nak Kahwin
PENCIPTA kandungan dan juga usahawan makanan, Nigel Ng difahamkan bakal mendirikan rumah tangga, selepas pasangannya berkongsi gambar pra-perkahwinan di platform media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, Nigel yang lebih dikenali sebagai Uncle Roger bergambar di beberapa lokasi menarik di sekitar Taipei, Taiwan.
“Ini antara momen daripada sesi fotografi sempena pertunangan kami sekitar Taipei,” tulisnya.
Dalam pada itu, pasangan kepada Uncle Roger turut memberi penghargaan kepada jurugambar mereka, Karren Kao.
“Terima kasih, @karren_kao, kerana merealisasikan apa yang kami mahukan dan menyokong kami sepanjang proses penggambaran (malah pergi membeli-belah dengan kami untuk mencari pakaian dan menghiburkan saya semasa saya menangis di kedai pengantin).
“Sebagai artis dan rakan, kami tidak dapat merealisasikan ini tanpa kamu dan team kamu,” tambahnya.
Antara lokasi yang dijadikan latar lokasi penggambaran pasangan itu termasuklah gerai-gerai makanan, arked dan gerai tepi jalan.