Global

‘Ibu Saya Sangat Tersinggung’ – Ahmad Dhani

Ketiadaan Ahmad Dhani dan keluarganya pada majlis resepsi El Rumi bersama Syifa Hadju di Bali mencuri perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas pasangan itu selamat melangsungkan pernikahan di Jakarta sebelum ini.

Menjelaskan perkara tersebut, Ahmad Dhani berkata perkara tersebut berlaku berpunca daripada rasa kecewa yang mendalam dalam keluarganya terhadap bekas isterinya, Maia Estianty.

“Pada masa akan datang keluarga saya tidak mau bertemu dengan Maia lagi,” ujar Dhani seperti dilaporkan media tempatan di sana.

Menurut Dhani, situasi itu tercetus apabila Maia didakwa tidak menyapa ibunya ketika majlis siraman dan akad nikah El Rumi, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan keluarga.

“Ibu saya sangat tersinggung, Maia tidak pernah menyapa ibu saya, tidak say hello… Jadi, ibu saya tersinggung. Makanya itulah sebab kenapa kita semua tidak datang ke Bali,” katanya lagi.

Perkahwinan El Rumi yang berlangsung barlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dhani menegaskan soal adab dan hormat perlu sentiasa dijaga walaupun hubungan suami isteri telah lama berakhir. Katanya, beliau sendiri tetap menghormati ibu bapa Maia setiap kali bertemu.

“Ya harus ada hormat menghormati. Kalau saya ketemu ibu dan bapa Maia, saya cium tangannya. Itu kan asas kepada adab. Maia sama sekali tidak menyapa ibu saya,” kata Ahmad Dhani lagi.

Susulan konflik tersebut, Dhani turut memberi bayangan bahawa acara keluarga pada masa akan datang, termasuk perkahwinan anaknya Dul Jaelani, mungkin akan diadakan secara berasingan bagi mengelakkan pertemuan antara kedua-dua pihak keluarga.

“Ya nanti kalau ada cara terima menantu lagi, tidak ada lagi pertemuan keluarga,” tegasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk berdamai demi kepentingan anak-anak, Dhani menolak perkara tersebut dan merasakan ia tidak perlu.

Kontroversi mereka sekali lagi mengundang perhatian terhadap hubungan dingin antara Dhani dan Maia, meskipun kedua-duanya telah lama membawa haluan masing-masing.

Related Articles

Back to top button