Viral

Hubungan Cinta Nadia Brian & Boss Ned Retak?

Pelakon, Nadia Brian, 34, memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai status hubungannya dengan usahawan Nedim Nazri Aziz selepas timbul dakwaan mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Spekulasi tersebut mula diperkatakan peminat apabila kedua-duanya didapati tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

“No comment (tiada komen). Biasalah, kadang-kadang perempuan memang begitu,” katanya ringkas.

Dalam masa sama, Nadia memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya tanpa perlu memperincikan keadaan sebenar hubungannya dengan Nedim atau mesra disapa Boss Ned.

“Sebenarnya kami pun baru saja dalam fasa perkenalan. Jadi apa-apa pun saya doa yang baik-baik saja.

“Sudah tentu kita nak orang doakan yang baik-baik juga, lebih-lebih lagi sekarang di bulan Ramadan. Masing-masing pun sibuk dengan kehidupan masing-masing.

“Apa yang penting sekarang fokus pada kerja dan keluarga. Kita hanya mahukan perkara yang baik-baik saja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nadia mengakui dia bukan seorang yang gemar berkongsi soal peribadi, khususnya berkaitan hubungan cinta kepada umum.

“Macam saya sebenarnya kalau hal peribadi, saya agak malu nak bercerita. Saya bukan jenis yang berkongsi semata-mata untuk mendapatkan perhatian.

“Lagipun saya pernah melalui pengalaman sebelum ini, jadi bagi saya soal hubungan ini lebih baik disimpan sebagai perkara peribadi.

“Tapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita. Terima kasih atas keprihatinan itu. Apa yang saya rasa sesuai untuk dikongsi, saya akan kongsi,” jelasnya lagi.

Related Articles

Back to top button