Diserang Zionis, Pengarah Filem Dokumentari No Other Land Dilaporkan Hilang
BARU semalam rasanya melihat pengarah bersama filem dokumentari No Other Land, Hamdan Ballal mengukir senyuman selepas karya yang dihasilkan mengenai kekejaman Israel terhadap negaranya, Palestin dinobatkan sebagai filem dokumentari terbaik menerusi Anugerah Akademi (Oscar).
Namun, menerusi laporan media terkini, Hamdan didakwa telah dipukul dan dikhuatiri diculik oleh warga zionis di West Bank pada Isnin.
Menurut kumpulan aktivis Center for Jewish Nonviolence, puluhan warga zionis itu menyerang perkampungan Palestin Susiya di Masafer Yatta, memusnahkan harta benda. Mereka juga menyerang Hamdan, menyebabkan kepalanya berdarah.
Ketika Hamdan dirawat dalam ambulans, tentera Israel kemudian menangkapnya dan seorang lagi lelaki Palestin. Tambah aktivis berkenaan, tiada siapa yang tahu di mana Hamdan berada sekarang.
Untuk info, filem dokumentari No Other Land menceritakan kisah bagaimana penduduk Masafer Yatta berjuang untuk menghalang tentera Israel daripada merobohkan kampung mereka.
Sumber: Instagram Rouge DNC