Didesak Tidak Kongsi Gambar Mekap Isteri Jofliam, Syedewa Tampil Bersuara
Jurusolek terkemuka, Syedewa tampil bersuara selepas namanya disebut-sebut netizen rentetan tugasnya menyolek Emira Delyati Dewi ketika majlis perkahwinan wanita itu bersama pilihan hatinya, Jofli Abu Bakar atau Jofliam.
Syedewa berkata, sepanjang 15 tahun bergelar jurusolek, ini merupakan kali pertama dia didesak untuk tidak memuat naik gambar pengantin perempuan yang disoleknya.
Sungguhpun begitu, Syedewa menjelaskan, dia sendiri enggan mengambil tahu urusan peribadi pelanggannya, apatah lagi yang melibatkan hal peribadi.
“First time selama 15 tahun aku jadi makeup artist ada orang DM aku jangan post makeup yang aku buat sebab kalau aku post maksudnya aku support mana-mana pihak.
“Dalam hal ini, aku tahu la sikit-sikit tapi tak ada ambil port sangat. Tak semua yang lalu FYP korang lalu FYP aku.
“Aku mengambil jalan tengah. Aku hormat orang yang sensitif dengan isu ni. Tapi aku kena menghormati juga kerjaya aku sebagai seorang pak cik yang dah lama passionate dengan makeup,” tulisnya sambil berkongsi gambar Dewi menerusi Instagram Story miliknya.
Untuk rekod, Dewi dan Jofliam mendirikan rumah tangga selepas Jofliam berpisah dengan isterinya, Murni Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Epal.