Aisyah Aziz Selamat Bergelar Isteri Di Singapura
Penyanyi Aisyah Aziz selamat bergelar isteri kepada Dr Mohd Fakhruddin Amir Mohd Ismail yang juga merupakan abang kepada pendakwah bebas, PU Riz pada Jumaat di Singapura.
Berita tersebut dikongsikan oleh Mediacorp Warna 942 yang mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu buat pasangan berkenaan.
“Alhamdulillah, kini mereka bergelar suami dan isteri. Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Aisyah dan suami.
“Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah, insya-Allah,” tulis kenyataan tersebut.
Difahamkan pasangan tersebut melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di Singapura dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut dikongsi agensi berkenaan berhubung perkahwinan pasangan berkenaan.