“Adakah Saya Gagal?” Lelaki Ini Persoal Simpanan KWSP Miliknya Hanya RM6,000

Bagi setiap rakyat Malaysia, memiliki simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencukupi amat penting kerana ia berfungsi sebagai jaringan keselamatan apabila bersara kelak.
Namun baru-baru ini, seorang netizen meluahkan persoalan di media sosial sama ada dirinya dianggap ‘gagal’ oleh masyarakat kerana tidak mempunyai simpanan KWSP yang tinggi pada usia tertentu.
Soalan itu dikemukakan menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna @_luqmansalam yang menulis:
“Adakah saya gagal jika hanya ada RM6,000 dalam KWSP pada umur 28 tahun?”
Dia turut memuat naik tangkap layar simpanan KWSP setakat 11 Februari 2026, yang menunjukkan jumlah keseluruhan simpanannya ketika ini adalah RM6,081.09.
Di ruangan komen, rata-rata netizen cuba menenangkan OP dan memberikan kata-kata semangat.
“KWSP awak RM6,000, tapi simpanan haji RM600,000 kan? Hidup ini bukan perlumbaan. Kita semua berusaha untuk hari esok yang lebih baik. Jangan terlalu keras pada diri sendiri,” tulis seorang pengguna cuba untuk memberikan tenaga positif kepadanya.
Seorang lagi berkata: “Awak tak gagal dan ini bukan pertandingan siapa simpan paling banyak. Sekurang-kurangnya awak tak berhutang dan membebankan ibu bapa.”
Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan supaya OP mengambil kerja sampingan bagi meningkatkan pendapatan dan seterusnya menambah simpanan KWSP.



