FilmGlobalMusic

K-Pop Demon Hunters Menang Bolot 2 Anugerah Di Golden Globe

K-Pop Demon Hunters memenangi anugerah Filem Animasi Terbaik di Anugerah Golden Globe, sekali gus meraih kemenangan kedua pada malam tersebut.

Anugerah Golden Globe ke-83 berlangsung pada pada 12 Januari di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat (AS).

Menerusi anugerah tersebut, K-Pop Demon Hunters diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Filem Animasi Terbaik, mengatasi pencabar kuat seperti Elio, Demon Slayer: Infinity Castle – The Movie dan Zootopia 2.

Kemenangan ini sekali lagi mengukuhkan populariti global filem fenomena tersebut.

Sebelum itu, lagu runut bunyi K-Pop Demon Hunters yang berjudul Golden, turut dinobatkan sebagai Lagu Asal Terbaik.

Walaupun filem itu turut dicalonkan dalam kategori Pencapaian Box Office, anugerah tersebut akhirnya dimenangi oleh Sinners: Genesis, sekali gus menafikan kemenangan ketiga buat K-Pop Demon Hunters.

K-Pop Demon Hunters, yang mengisahkan tentang sekumpulan gadis K-Pop yang secara rahsia memburu dan menentang roh jahat, telah menjadi fenomena di seluruh dunia.

Mula ditayangkan di Netflix pada Jun tahun lalu, filem animasi ini telah melepasi 300 juta tontonan di seluruh dunia, menjadikannya filem paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.

Diarahkan oleh pengarah Korea-Kanada, Maggie Kang, kejayaan filem ini di Golden Globe menyerlahkan lagi pengaruh global yang semakin meningkat terhadap penceritaan dan animasi berinspirasikan K-Pop.

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button